Leave a comment

SOAL JAWAB UMRAH

LARANGAN SEMASA BERADA DALAM IHRAM

  • Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum (Lelaki)
  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya (Lelaki)
  • Menutup muka (wanita)
  • Memakai sarung tangan(Lelaki dan wanita)
  • Memakai bau-bauan sama ada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung (Lelaki dan wanita)
  • Memakai minyak di kepala dan bahagian yang berbulu (Lelaki dan wanita)
  • Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan (Lelaki dan wanita)
  • Mengerat atau memotong kuku (Lelaki dan wanita)
  • Momotong, mengerat, menebang atau mencabut pokok-pokok di tanah haram Mekah (Lelaki dan wanita)
  • Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau mebinasakannya di tanah haram atau tanah halal(Lelaki dan wanita)
  • Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan (Lelaki dan wanita)
  • Bersetubuh atau jima'(Lelaki dan wanita)
  • Berkahwin atau mengahwinkan ataupun menerima wakil kahwin(Lelaki dan wanita)

Soalan::

Adakah seseorang itu dikatakan telah melanggar larangan semasa berihram jika dia melakukan perkara-perkara berikut:-

i) Menyapu minyak angin (yang wangi baunya)?

Jawapan::Kalau ia bertujuan mendapatkan bau wanginya ia dikenakan dam dan haram. Tetapi kalau merupakan ubat yang perlu digunakan tidak ada ubat lain yang tidak wangi, boleh digunakan dan dibayar dam.

ii) Apakah hukum bagi jemaah Haji semasa berihram mencabut atau membinasakan pokok-pokok atau membunuh binatang?

Jawapan::Mencabut pokok di tanah haram adalah terlarang bagi orang yang ihram atau tidak berihram dan dikenakan dam. Membunuh binatang, tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Yang dikenakan dam atas orang yang berihram ialah memburu binatang darat yang halal di makan sama ada di Makkah atau luarnya. Kalau tidak berihram terlarang juga dalam tanah haram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: