Leave a comment

KEINDAHAN KOREA

Korea terkenal dengan keindahan pemandangannya yang sangat cantik dan bersih. Selain itu, Korea juga terkenal dengan budaya serta keramahan rakyatnya. Mari bersama STTSB mengenali tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi di sana.

PULAU NAMI

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi termasuk saya sendiri. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran Winter Sonata ini.Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi. Pulau  Nami menjadi daya tarikan para pelancong seluruh dunia adalah kerana sifat semulajadinya yang sentiasa terpelihara. Pelbagai aktiviti yang melibatkan alam sekitar dilaksanakan di sini dan melibatkan beberapa organisasi yang berkenaan.

Harga tiket:

Zip Wire = 38,000 won

Feri          =    8,000 won

 PULAU JEJU

Pulau Jeju terletak di selatan negara Korea. merupakan sebuah pulau peranginan yang sangat popular di Korea dan juda terkemuka di dunia. Pulau Jeju merupakan lokasi percutian yang sangat menarik dan berbaloi dengan perbelanjaan percutian yang anda laburkan. Pulau ini merupakan pulau yang bergunung berapi yang berkeluasan 1848 km persegi merupakan pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat Korea. Dianggap sebuah pulau yang suci oleh masyarakat setempat, Pulau Jeju mula popular dikalangan pelancong pada tahun 1940-an dan setelah itu, Pulau Jeju sering menjadi sebutan para pelancong dari seluruh dunia sehingga lah hari ini. Selain menjadi tempat peranginan yang terkenal di serata dunia, Pulau ini terdiri dari pada beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi seperti Mount Halla, Ilchulbung Park, Sagumburi Crater, Halim Park dan beberapa lokasi lain yang menarik perhatian.Pulau Jeju ini juga tersenarai dalam 7 wonders nature dan ini membuktikan bahawa Pulau Jeju ini sememangnya sebuah pulau yang sangat indah

MASJID SEOUL

Masjid besar Seoul, atau dikenali sebagai Seoul Masjid di kalangan masyarakat tempatan merupakan sebuah masjid yang agung dan tersergam di tengah-tengah bandar metropolitan ini. Terletak di bandar Itaewon, masjid ini merupakan masjid yang sering dikunjungi oleh umat Islam untuk menunaikan ibadah solat, malah sering dikunjungi oleh pelancong segenap lapisan masyarakat. Masjid yang dibuka pada tahun 1976 ini dapat menampung seramai kira-kira 800 jemaah pada satu-satu masa. Bagi pelancong yang beragama Islam, anda boleh bersembahyang Jumaat di masjid ini. Jemaah berbangsa Pakistan, India, Arab dan Turki biasanya memonopoli bilangan jemaah.

MUZIUM TEDDY BEAR

Teddy Bear Museum, N Seoul Tower mempamerkan kronologi peredaran zaman sejarah Korea khususnya Seoul dari masa dahulu hingga kini dengan penggunaan beruang atau lebih gemar digelar Teddy Bear. Sekali pandang juga, boleh dilihat budaya masyarakat Korea yang begitu gemarkan Teddy Bear yang mana mencerminkan sikap yang manja dan penyayang yang bukan sahaja hanya di kenali kerana dedikasi dan displin kuat kerja mereka.Teddy Bear pada muzium ini adalah satu cara yang lucu dan inovatif untuk pelawat bagi melihat bagaimana Seoul telah berubah dan maju dari masa ke masa. Teddy Bear di sana dijadikan simbol sebagai modal Korea dan sebagai bandar antarabangsa. Beruang yang wujud di muzium tersebut dicorakkan dalam pelbagai babak bagi mencipta peristiwa-peristiwa bersejarah serta pelbagai aspek kehidupan Seoul.

Harga tiket masuk:

Dewasa (19+)                              = 8,000 won

Remaja (14-18)                           = 6,000 won

Kanak-kanak(13 thn ke bwh) = 5,000 won

ISTANA GYEONGBOK

Istana Gyeongbok adalah sebuah istana yang terletak di sebelah utara kota Seoul (Gangbuk), Korea Selatan. Istana ini termasuk dari 5 istana besar dan merupakan yang terbesar yang dibangun oleh Dinasti Jeaoson.Istana Gyeongbok (Gyeongbokgung) yang bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana utama dinasti Joseon di Seoul. Dibina pada tahun 1395, tiga tahun selepas Dinasti Joseon diasaskan di Seoul oleh Yi Seong Gye (Raja Taejo) setelah menggulingkan kerajaan Goryeo. Kompleks istana Gyeongbok dibina di tempat yang strategik berlatarbelakangkan gunung Bugaksan dan menghadap gunung Namsan. Pada zaman moden ini, istana Gyeongkbok masih gah berdiri di tengah kotaraya Seoul menjadi inspirasi kegemilangan masa silam warga Korea Selatan.

Harga Tiket : 3,000 won

EVERLAND RESORT

Everland Resort adalah sebuah Taman Tema  yang terletak di Yongin, di dalam bandar Gyeonggi-do. Ia adalah sebuah taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Terdapat juga taman tema air yang dikenali sebagai Caribbean Park serta Zoo di dalamnya. Terdapat lima zon untuk dilawati di dalam Everland  iaitu Global Fair (tempat untuk membeli makan & cenderahati), Zoo-Topia (sebuah mini zoo dan juga boleh menaiki mini bus), European Adventure (terdapat pelbagai permainan mencabar seperti roller coaster & permainan arked), Magic Land   (Terdapat satu bahagian yg dikenali sbg Kampung Aesop) dan juga American Adventure  (terdapat pelbagai permainan seperti Rolling X-Train serta Eagle Fortress).

Harga Tiket:

Dewasa            = 35,000 won

Kanak-kanak  =26,000 won

MENARA SEOUL  

Menara N Seoul adalah sebuah menara komunikasi yang terletak di Gunung Namsan di Pusat Kota Seoul.Ia dibina pada tahun 1969 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun  1980. Ia juga adalah salah satu mercu Bandaraya Seoul dengan ketinggian mencecah 2,367 meter. Ia juga dikenali sebagai Menara Namsan . Pengunjung boleh mengunakan Cable Car yang disediakan, atau van yang disediakan atau boleh juga berjalan kaki untuk sampai ke puncak Gunung Namsan. Di atas Menara Seoul juga terdapat sebuah tempat untuk para kekasih mengabdikan cinta mereka iaitu Love Lock. Di sini, pasangan kekasih akan menulis nama mereka di Pad Lock kemudian menguncinya di atas menara ini sebagai simbolik percintaan mereka.

Harga Tiket:

Dewasa              :7,000 won

Pelajar               : 5,000 won

Kanak-kanak   : 3,000 won

Inilah diantara tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi oleh pelancong yang melancong di sana.Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Berminat untuk melancong di sana? Klik link ini untuk bersama-sama STTSB menikmati pemandangan di sana dengan Pakej Percutian Musim Bunga di Seoul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: