Leave a comment

PENAWANAN CONSTANTINOPLE OLEH SULTAN AL FATEH

Sultan Al-Fateh dilahirkan di wilayah Adrianapolis (sekarang: Edirne) yang terletak di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya, Sultan Murad II adalah seorang Sultan yang soleh,berketrampilan sangat berharap anaknya inilah yang bakal menjadi seorang Sultan yang disebut di dalam hadis nabi yang sememangnya banyak khalifah Islam sebelumnya ingin menjadi Raja seperti di dalam hadis tersebut. Pada zaman kanak-kanak lagi sultan muhammad Al-Fateh telah dilatih dengan ilmu-ilmu agama dan juga ilmu kepemimpinan serta ketenteraan oleh beberapa ulama yang terkenal juga oleh bapanya sendiri,sultan murad. Bapanya sendiri merupakan gurunya dalam bidang kepimpinan dan ketenteraan dan guru utama dalam membentuk peribadi dan ruh yang mantap dalam diri baginda adalah ulama sufi terkenal pada waktu itu yang juga mursyid besar tarikat naqshabandiyyah iaitu Sheikh Syamsuddin Al-Wali, seorang ulama berketurunan Abu Bakar As-Siddiq RA.

Sheikh Syamsuddin Al-Wali pernah mengungkapkan satu kata di hadapan Sultan Murad II yang berbunyi:

Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Selain itu,ketika sultan Muhammad dilahirkan,ayahnya Sultan Murad II sedang dalam persiapan untuk menyerang kota Constantinople dan pada saat Sultan Muhammad dilahirkan Sultan Murad II tengah membaca ayat:
Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata” 
                                                                                                                                                                               (al-fath:1)
 
Jelas disini kata-kata seorang ulama ini adalah realiti kepada hadis nabi yang direalisasikan lebih kurang 800 tahun kemudiannya. Selain daripada belajar ilmu agama dan juga pentadbiran kerajaan,baginda juga diajar untuk menguasai pelbagai bahasa.Sultan Muhammad Al-Fateh mahir bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin, dan Serbia.

ZAMAN REMAJA

Pada suatu masa ketika baginda berumur 12 tahun, bapanya telah melantik baginda menjadi pemangku Sultan buat beberapa ketika kerana bapanya mempunyai urusan di luar negara. Baginda telah menjalankan tugas selaku ketua negara dengan baik selama hampir 3 tahun sepanjang ketiadaan bapanya. Sebenarnya, Sultan Murad II sengaja menyerahkan tugas memerintah kepada anaknya yang umurnya baru sahaja 12 tahun kerana ianya adalah salah satu cara baginda menguji dan mendidik anaknya dalam urusan pentadbiran negara. Pada tahun 1451, Sultan Muhammad Al-Fatih telah dilantik secara rasmi menjadi Sultan Kerajaan Islam Uthmaniah.Pada ketika itu,usia baginda hanyalah 19 tahun, satu usia yang sangat muda untuk memimpin sebuah kerajaan yang besar.

PERSEDIAAN DLM MEREALISASIKAN HADIS RASULULLAH S.A.W.

Pelbagai persiapan rapi telah dilakukan Sultan Muhammad Al-Fatih dalam merialisasikan hadis baginda Rasulullah SAW antaranya:
i)  mengkaji segala kelemahan daripada misi tentera Islam sebelum ini kerana sebelum kejayaan misi baginda telah terdapat lebih kurang enam percubaan sejak dari zaman Saidina Umar RA lagi tetapi kesemua misi tersebut menemui kegagalan.
ii)  mengkaji struktur kota Constantinople selama beberapa tahun yang dikatakan pada ketika itu merupakan bandar yang mempunyai tembok yang paling utuh di dunia kerana kota tersebut mempunyai 2 lapisan tembok yang setinggi 25 kaki dan di antara tembok mempunyai parit air yang menghalang tentera melintas ke tembok seterusnya.
iii) mengarahkan pembinaan meriam terbesar (bassilica cannon) pada zaman itu dan merupakan perintis kepada teknologi artileri. Meriam itu telah dibina oleh seorang hungarian bernama Urban. Meriam besar yang mereka bina ini mampu memuatkan peluru seberat lebih satu tan dan mampu merobohkan tembok Constantinople serta menghasilkan kemusnahan yang sangat besar terhadap pihak lawan..
iv) menyusun semula struktur tentera dan menguatkan armada tentera laut Uthmaniah pada ketika itu. Setiap unit dalam tentera Uthmaniah mempunyai panji dan bendera masing-masing, ini memudahkan para tentera untuk membezakan setiap unit dalam tentera seperti sipahi(pemanah), janissari(skuad elit) dan juga lain-lain.
v)   mempersiapkan seramai lebih kurang 200 ribu tentera dan lebih kurang 300 armada kapal tentera laut dalam usaha menawan Constantinople.
vi)  membina satu kubu Rumeli Hisari di timur kota Constantinople yang bertujuan untuk menghalang bantuan daripada sekutu byzantine yang menggunakan laluan selat Bosphorus dari bahagian timur.sewaktu pembinaan kubu tersebut,baginda telah membuka serban dan turut serta mengangkat batu dan pegawai kerajaan terpaksa turut serta bersama sultan mereka. Ini membuktikan sultan muhammad merupakan seorang sultan yang berjiwa rakyat.
vii) Membuat perjanjian damai dengan kerajaan sekitarnya agar baginda boleh fokus terhadap Constantinople sahaja sewaktu penyerangan nanti.

SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

         Sebelum menyerang Constantinople utusan telah dihantar ke kerajaan Byzantine menuntut agar maharaja Constantine menyerah diri tetapi tuntutan itu ditolak dengan angkuh.Misi menakhluk Constantinople bermula pada awal April 1453 dengan kekuatan tentera yang menggentarkan empayar byzantine iaitu seramai lebih kurang 200 ribu tentera. Serangan bertalu-talu daripada tentera uthmaniah pada mulanya nampak tidak mendatangkan hasil dan hanya dapat memusnahkan sebahagian kecil sahaja dinding kota Constantinople dan kemudiannya ianya dapat dibaiki semula oleh tentera byzantine. Serangan daripada bahagian laut telah terbantut kerana satu rantai besi gergasi telah dipasangkan di Golden Horn menyebabkan armada kapal tentera uthmaniah tidak dapat memasuki selat Golden Horn.
                  Pada 22 April,baginda telah mendapat satu idea yang sangat tidak logik jika difikirkan iaitu memindahkan kapal merentas bukit dari selat Bosphorus ke Golden Horn.Kesetiaan dan kepatuhan tentera baginda yang tidak berbelah bahagi telah berjaya memindahkan lebih kurang 70 kapal ke Golden Horn dan keesokkanya tentera byzantine terkejut dan berasa sangat takut apabila melihat kapal tentera Uthmaniah telah berada di selat Golden Horn. Ketika serangan di bahagian darat yang kelihatan tidak mendatangkan hasil dan tentera tampak hilang semangat,baginda telah memberi ucapan di hadapan kesemua tentera baginda dan menyebut kembali hadis nabi tersebut dan mengatakan;
saya hendak mati syahid di sini,sesiapa yang hendak mengikut saya ke syurga marilah berjuang bersama saya!”
                  Setelah mendengar kata-kata Sultan mereka,semangat tentera pun naik kembali dan pada waktu itu mereka menunaikan solat sunat berjemaah beramai-ramai diimami oleh Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Tentera Byzantine kembali takut mendengar suara takbir daripada lebih 100 ribu tentera Uthmaniah. Bedilan terhadap kota Constantinople diteruskan dan seorang tentera daripada skuad Janissari bersama 30 orang lain telah memanjang dinding kota secara senyap dan berjaya memacakkan bendera uthmaniah di atas puncak tembok.tentera islam yang melihat bendera tersebut kemudiannya makin bertambah semangat mereka untuk syahid bersama Hassan Ulubatle. Tanggal 29 Mei 1453 setelah lebih 50 hari serangan keatas Constantinople, akhirnya Constantinople berjaya dimiliki oleh orang islam.dengan tawadhuk Sultan Al-Fatih melumurkan tanah ke dahinya dan terus melakukan sujud syukur.

PASCA TALUKKAN CONSTANTINOPLE

      Setelah Constantinople berjaya ditakhluki tentera islam, Sultan Muhammad Al-Fatih kemudiannya menukar nama kepada Islambol yang membawa maksud islam keseluruhannya dalam bahasa Turki. Gereja terbesar dunia pada ketika itu, Saint Sophia (Haghia Sophia) kemudiannya ditukar mejadi masjid. Sudah lama baginda mengagumi seni bina teragung empayar byzantine ini dan sememangnya baginda telah lama menyimpan niat untuk menjejak kaki di dalam gereja ini. Akhirnya impian baginda pun tercapai juga, bahkan lebih mengembirakan ianya telah ditukar menjadi masjid. Rakyat Constantinople tidak dipaksa untuk menerima islam bahkan boleh mengamalkan agama masing-masing dengan bebas tetapi islam sebagai agama kerajaan uthmaniah mestilah diiktiraf. Tiba satu masa tentera islam hendak mengerjakan solat jumaat pertama di tanah Constantinople,tetapi berasa sukar hendak memilih siapa yang bakal menjadi imam,maka Sultan Muhammad Al-Fatih pun cuba menyelesaikan masalah ini. Baginda bertitah:
Siapakah diantara kamu sejak dari baligh pernah meninggalkan solat fardhu sila duduk”. 
 
Maka tiada seorang pun daripada tenteranya yang duduk,menunjukkan tiada sorang pun daripada 200 ribu tenteranya tadi pernah meninggalkan solat fardhu sejak dari baligh lagi. Baginda pun bertitah lagi :
“Seterusnya,siapakah diantara kamu sejak dari baligh pernah solat sunat rawatib sila duduk”.
 
sebahagian daripada tenteranya yang duduk. Dan titah terakhir baginda:
“Siapakah diantara kamu sejak dari baligh pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sila duduk”.
          Maka kesemua tenteranya duduk kecuali baginda seorang saja yang masih berdiri.Begitulah hebatnya anak didikan Sultan Murad II dan juga sheikh Syamsuddin Al-Wali seperti digambarkan di dalam hadis Rasulullah SAW seorang raja yang baik juga tentera yang baik. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib  dan solat sunat tahajjud sejak dari baligh! Maka tersangat benarlah hadis baginda mengenai seorang raja dan tentera yang baik yang bakal menakhluk Constantinople ini. MasyaAllah!
        Sultan Muhammad Al-Fatih juga telah memperluaskan wilayah jajahan Turki Uthmaniah sehingga semenanjung Anatolia dan Timur Eropah iaitu wilayah Balkan. Sultan Muhammad Al-Fatih telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.sebab kematian baginda dikaitkan dengan diracuni oleh seorang yahudi Dunama bernama Jacob Pasha yang meracuni baginda secara perlahan-perlahan.

 Adakah bakal muncul satu lagi insan berperibadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh ini pada masa akan datang mahupun sekarang?

 Ayuh syabab persiapkan diri menjadi insan yang bakal mencatat nama dan menyumbang kepada kebangkitan Islam!
wallahu alam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: