Leave a comment

SEJARAH PERADABAN ISTANBUL

Istanbul mempunyai sejarah yang sangat menarik. Pernah menjadi ibu kota bagi bagi tiga empayar penting dunia iaitu Rom, Byzantine dan juga Othamaniyyah. Istanbul juga dikenali dengan pelbagai nama kerana keagungan sejarahnya. Byzantium, Constantinople, Stamboul, Islambol adalah nama-nama bagi Istanbul yang mempunyai sejarah tersendiri. Garis masa sejarah untuk Istanbul boleh diringkaskan begini:

Bizantion/Byzantium (660 SM – 324M)

          Sejarah Istanbul bermula di sini. Adapun terdapat juga sejarah sebelum era ini. Bizantion atau nama latinnya Byzantium adalah bandar Istanbul purba yang diasaskan oleh orang Greek/Yunani dari Magera (dekat Athens) atas arahan seorang raja bernama Byzas. Bandar ini didirikan di sebelah Eropah Istanbul masa kini. Keputusan Bizantion besekutu dengan usurper Pescennius Niger untuk melawan Roman Emperor Septimus Severus membawa padah. Severus menang dan membangunkan kota ini.

Ibu Kota Empayar Rom (324M – 395M)

            Bilamana Constantine I mengalahkan Licinius ketika Battle of Chrysopolis pada tahun 324, Constantine I menjadi emperor bagi sekian empayar Rom. Dia selepas itu mempunyai perancangan untuk membina sebuah bandar kristian untuk menggantikan Byzantium. Dia juga bercadang untuk mengalih Nicomedia, ibu kota bagi Rom Timur ketika itu ke Byzantium. Constantine I menetap di Nicomedia selama 6 tahun selepas itu sehinggalah pada tahun 330, dia menjadikan Byzantium menjadi ibu kota rasmi bagi Empayar Rom sebelah timur. Kota ini kemudiannya dinamakan dengan nama Constantinople bermaksud bandar Constantine juga dinamakan New Rome.

Empayar Byzantine juga dikenali Empayar Rom Timur (395M – 1493)

        Setelah kematian emperor Theodosius I, pergolakan dalam pemerintahan Rom berlaku yang membawa kepada perpecahan empayar Rom Barat dan Rom Timur juga dikenali sebagai Byzantine. Pada tahun 476, Constantinople menjadi ibu kota bagi empayar ini selepas kehancuran Rom Barat. Kota ini dilihat terus maju dan membangun. Kota ini selepas itu terus diserang oleh pelbagai musuh pada kurun seterusnya antaranya Avar, Bulgar dan Russia.

        Empayar ini mula merundum ketika perang salib keempat. Antara tahun 1204 sehingga 1261, kota ini ditakluk seketika oleh Empayar Latin. Kejatuhan Constantinople kepada tentera salib melahirkan Empayar Latin yang tidak stabil di Constantinople.Ketika era ini, banyak kemusnahan berlaku dan populasi juga menurun mendadak. Selepas itu, pada tahun 1261, kota ini berjaya ditawan balik oleh Byzantine.Walaupun berjaya menawan semula, sumber ekonomi kota ini makin membimbangkan di samping kemusnahan yang dashyat bersisa.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1493 – 1923)

        Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak.

Sabda Rasulullah SAW:

”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.

         Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum.Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol. Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan Sultan Muhammad Al Fateh , sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah. Akhirnya pada 29 Mei 1453, Constanstinople berjaya ditawan.

        Setelah kota ini ditawan, kota ini dibangunkan semula, sehinggalah setelah 50 tahun kota ini menjadi kota terbesar di eropah pada ketika itu. Kerajaan Uthamaniyyah membuat transformasi pada kota ini daripada kota kristian kepada kota Islam yang sangat ulung. Pada abad ke 16, Sultan Sulaiman al – Qunani dikenali juga Sulaiman the magneficient, menjadi pemerintah terkenal di Eropah mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyyah.Pada era beliau jugalah lahirnya arkitek agung bernama Mimar Sinan, yang banyak memberi sentuhan seni bina agung kerajaan Uthmaniyyah.

         Setelah hampir 600 tahun berkuasa, akhirnya Empayar agung ini jatuh juga ke tangan pihak lain. Sultan Ottoman akhir, Mehmed VI, diasingkan pada November 1922, pada tahun berikutnya, pendudukan Istanbul berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Lausanne dan pengiktirafan Republik Turki, yang diisytiharkan oleh Mustafa Kamal Atatürk pada tarikh 29 Oktober 1923.

Turki Moden

           Dengan berakhirnya empayar Othmaniyyah maka berakhirlah pemerintahan berkhalifah di bumi Turki. Turki kemudiannya bertukar menjadi sebuah republik yang diketuai oleh seorang presiden. Mustafa Kamal Atatürk telah memindahkan ibu kota Turki daripada Istanbul kepada Ankara. Beberapa perubahan drastik dilakukan. Mustafa Kamal Atatürk juga menyemai kefahaman sekularisme terhadap Turki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: