Leave a comment

JELAJAH TURKI

Istanbul, sangat terkenal dengan keunikan budayanya kerana terdapat  campuran antara budaya Barat dan Timur. Meskipun tidak lagi  lagi menjadi ibu negara, salah satu kota terbesar di Eropah ini tetap menjadi pusat perniagaan  dan budaya. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang dapat anda kunjungi di sana.Jom sama-sama kita mengenali sebahagian daripada  tempat-tempat tersebut.

BOSPHORUS

Bosphorus (Bahasa Greek: Βόσπορος), juga dikenali sebagai Selat Istanbul , ialah sebuah selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah (Thrace) dan bahagian Asia (Anatolia), menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini memiliki garis panjang 30 km, dengan lebar maksimum 3,700 meter pada bahagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisarı dan Rumelihisarı. Kedalamannya berubah antara 36 sehingga 124 meter.Tepian selat ini berpendudukan padat, salah satu bandarnya ialah Istanbul, ibu negara Turki. Ada dua jambatan yang menyeberangi Selat Bosporus, yang pertama adalah Jambatan Bosporus memiliki kepanjangan 1,074 meter dan pembinaannya berakhir pada 1973. Yang kedua, Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan kepanjangan 1,090 meter dan diselesaikan pembinaannya pada 1988 dan ia terletak sekitar 5 km sebelah utara jambatan pertama. Satu lagi lintasan, Marmaray, sebuah terowong kereta api sepanjang 13.7 km (8.5 bt) masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada 2012. Sekitar 1,400 meter dari terowong ini berada di bawah selat, dengan kedalaman sekitar 55 meter.

MASJID SULTAN AHMED @ MASJID BIRU

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantin. Ia menggabungkan sesentengah elemen-elemen Byzantin dari Haghia Sophia dengan seni bina Islam tradisional dan dianggap masjid raya yang terakhir pada zaman klasik. Arkitek telah mensintesiskan gagasan tuannya Sinan, menuju untuk saiz sangat besar, agung dan mengagumkan, tetapi bahagian dalam mengurangkan pemikiran kreatifnya.

HAGIA  SOPHIA

           Hagia Sophia merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935. Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun. Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah.

Keadaan di dalam Hagia Sophia

          Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki. Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha. Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut. Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.

KUBU RUMELI HISARI

Kubu Rumeli Hisari ialah kubu yang dibina oleh Sultan Muhammad Al Fateh dalam salah satu usahanya untuk menawan Constantinople. Baginda membina satu kubu Rumeli Hisari di timur kota Constantinople yang bertujuan untuk menghalang bantuan daripada sekutu byzantine yang menggunakan laluan selat Bosphorus dari bahagian timur.sewaktu pembinaan kubu tersebut,baginda telah membuka serban dan turut serta mengangkat batu dan pegawai kerajaan terpaksa turut serta bersama sultan mereka.Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

ISTANA TOPKAPI

         Topkapı Sarayı di dalam bahasa Turki bermaksud “Istana Pintu Meriam”). Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856. Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara. Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000 m2.

MINIATURK

Dibuka pada tahun 2003, taman ini meliputi keluasan 60,000 meter persegi dan mempunyai 120 monumen kesemuanya. 57 monumen diambil dari tempat menarik di Istanbul, 51 monumen dari Anatolia dan 12 monumen lagi dari Ottoman yang kini berada di luar pemerintahan Turki. dapat melihat keunikan dan keindahan semua tempat menarik di Turki dalam masa yang singkat. Antara monumen yang terdapat di sana adalah seperti monumen Masjid Biru, Masjid Al-Aqsa (Palestin), Hagia Sophia, Menara Galata, Stadium Olimpik Ataturk, Jambatan Bosphorus, Masjid Mohamed Ali Pasha (Cairo), Taksim Square, Muzium Mozaik Kariye, Stesen Keretapi Haydarpasa, Pejabat Pos, Istana Ishak Pasha dan lain-lain lagi.

GRAND BAZAAR

Grand Bazaar (Bahasa Melayu: Pasar Agong atau Bahasa Turki: Kapalıçarşı, yang bermakna Pasar Teduh) di Istanbul adalah salah salah satu pasar teduh yang terbesar dan tertua di dunia, dengan lebih daripada 58 jalan diteduh dan 1,200 lebih kedai yang menarik di antara 250,000 dan 400,000 pelawat tiap hari. Dibuka pada 1461, ia terkenal dengan intan-berliannya, seni tembikar, rempah, dan kedai permaidani. Banyak dari gerai di bazaar dikelompokkan oleh jenis barangan, dengan kawasan khas untuk kot kulit, intan berlian dan yang serupa. Bazaar ini mengandungi dua bedesten (struktur pertukangan batu untuk penyimpanan dan penjagaan), pertama dari mana telah dibina di antara 1455 dan 1461 oleh perintah Sultan Mehmed yang Penakluk. Bazaar telah dibesarkan pada kurun ke-16, sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman yang Mengagumkan, dan pada 1894 berada di bawah pemgembalian utama berikutnya suatu gempa bumi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: