Leave a comment

LAPORAN UMRAH JUN BERSAMA HAJI TAJUDDIN BIN SALLEH

::Bismillahi Walhamdulillah :: Bersyukur kepada-Nya, 28 orang jemaah yang mengerjakan umrah selama 11 hari 9 malam iaitu dari 19 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012 telah selamat sampai ke tanah air. Jemaah yang  menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tiba di KLIA pada 29 Jun 2012, jam 5.30 pagi. Jemaah ini telah mendapat bimbingan mutawwif  Haji Tajuddin bin Salleh. Berikut antara bingkisan perjalanan jemaah selama mengerjakan umrah .

Hari 1 : Kangar – Kuala Lumpur (18 Jun 2012 / Isnin)

Kumpulan jemaah dari Perlis telah bertolak dari Nesam, Kangar menaiki bas persiaran pada jam 1.00 pagi  dan tiba  di KLIA pada jam 10.00 pagi. Jemaah berehat dan menikmati makanan tengah hari  di KLIA sementara menunggu penerbangan MH 158 pada jam 3.15 petang .

Hari 2 : Kuala Lumpur – Jeddah (19 Jun 2012/Selasa)

Jemaah berlepas menaiki penerbangan MH 158 pada jam 3.15 petang dan tiba di Jeddah pada jam 6.55 petang (waktu tempatan). Kemudian jemaah telah menaiki bas menuju ke Madinah. Perjalanan ini mengambil masa selama 5 jam. Setibanya di Madinah jemaah telah check in di Hotel Mukhtar Alamiy. Setelah selesai urusan penginapan, jemaah dibenarkan untuk berehat.

Hari 3 : Madinah ( 20 Jun 2012/ Rabu)

Jemaah telah mengerjakan solat subuh pertama  di Masjid Nabawi. Jemaah juga  telah menziarahi Maqam Rasulullah s.a.w dan para sahbat r.a., Raudhah, serta perkuburan Baqi’. Seterusnya, jemaah dibenarkan melakukan aktiviti bebas sama ada menunaikan ibadah di Masjid Nabawi atau berjalan sekitar Kota Madinah.

Hari 4 : Madinah ( 21 Jun 2012/ Khamis)

Pada jam 08.00 pagi, jemaah dibawa oleh mutawwif melawat ke tempat bersejarah bumi Madinah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jbal Uhud, Maqam Saidina Hamzah dan syuhada Uhud, dan lain-lain. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Kerbun Kurma dan Pasar Kurma. Pada sebelah malam, aktiviti adalah bebas.

Hari 5 : Madinah – Makkah ( 22 Jun 2012/ Jumaat)

Selepas subuh, jemaah dibawa untuk ziarah wida’ di Masjid Nabawi, melakukan persiapan ihram di hotel dan menaiki bas untuk berniat Umrah di Bir Ali. Setibanya di Makkah, jemaah terus dibawa ke penginapan di Nawarat As Syams, Makkah. Selepas berehat, para jemaah  memulakan ibadah Umrah pertama yang dipandu dan dibimbing oleh muttawwif Suffah Travel.

Hari 6 : Makkah ( 23 Jun 2012/ Sabtu)

Jemaah dibawa berniat umrah di Taniem dan melakukan ibadah umrah. Acara bebas sebelah petang dan malam. Sesi tazkirah diadakan di Dewan makan sesudah isya’.

Hari 7 : Makkah ( 24 Jun 2012/Ahad)

Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah iaitu Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah. Selepas itu bagi jemaah yang berniat umrah telah miqat di Ja’ranah.

Hari 8- 9 : Makkah ( 25-27  Jun 2012/ Isnin-Rabu)

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram. Pada sebelah  malamnya telah diadakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat di dewan makan hotel.

Hari 10 : Makkah- Jeddah (28 Jun 2012/ Khamis)

Jemaah melakukan tawaf widaselepas solat Asar. Kemudian jemaah bertolak ke Jeddah dan singgah di beberapa tempat untuk lawatan terakhir.

Hari 11 : Makkah- Madinah ( 29 Jun 2012/ Jumaat)

Berlepas dari Madinah menaiki pesawat MH 8003 pada jam 3.50 petang dan tiba di KLIA pada jam 05.30 pagi . Jemaah dari Perlis telah menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Para jemaah pulang dengan membawa umrah yang mabrur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: