Leave a comment

UMRAH CUTI SEKOLAH BERSAMA IMAM MUDA AZHAR

Bismillahi Walhamdulillah, 19  jemaah Umrah Cuti Sekolah yang dipimpin oleh IM Azhar  pada 1 Jun 2012 bersama Suffah Travel & Tours Sdn Bhd telah selamat tiba pada 12 Jun 2012 jam 9.00 malam menaiki penerbangan Oman Air. Perjalanan ini mengambil masa selama 12 hari  10  malam. Berikut ialah bingkisan perjalanan para jemaah semasa mengerjakan ibadah umrah:

Hari 1 : KUALA LUMPUR-MUSCAT-JEDDAH (1 JUN 2012/Jumaat)

Jemaah berkumpul di KLIA pada pukul 5 pagi sebelum berlepas. Selepas solat subuh dan sarapan, jemaah kemudian menaiki penerbangan Oman Air pada jam 8.10 pagi dan tiba di Muscat, Oman pada jam 10.40 pagi dan bertolak dari Muscat ke Jeddah pada jam 4.40 petang dan tiba di Jeddah pada jam 7.00 malam. Setibanya di Jeddah, petugas Suffah telah membawa para jemaah menaiki bas terus ke Madinah dan mereka menginap di Hotel Sanabel di Madinah.

Hari 2: MADINAH ( 2 JUN 2012/ Sabtu)

Perkuburan Baqi’

Pada hari kedua, muttawif Suffah telah membawa para jemaah menziarahi Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., Raudhah, serta perkuburan Baqi’. Kemudian para jemaah bebas untuk meneruskan ibadah di Masjid Nabawi atau berjalan sekitar Kota Madinah.

Hari 3 : MADINAH (3 JUN 2012/ Ahad)

Masjid Quba’

Jemaah telah dibawa melawat ke tempat bersejarah bumi Madinah seperti Masjid Quba’. Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Saidina Hamzah dan syuhada’, dan lain-lain. Seterusnya, jemaah dibawa ke Kebun Kurma dan Pasar Kurma.

Hari 4 : MADINAH-MAKKAH (4 JUN 2012/Isnin)

Hari keempat ini, jemaah telah dibawa untuk Ziarah Wida’ di Masjid Nabawi, berihram dan niat Umrah di Bir Ali. Setibanya di Makkah, jemaah terus dibawa ke penginapan di Nawarat As Syams, Makkah. Selepas berehat, para jemaah akan memulakan ibadah Umrah yang dipandu dan dibimbing oleh Muttawif  Suffah Travel.

Masjid Nabawi

Hari 5 : MAKKAH (5 JUN 2012/Selasa)

Jemaah dibawa berniat umrah di Taniem dan melakukan ibadah umrah. Acara bebas pada sebelah petang dan malam. Seisi tazkirah telah diadakan di Dewan makan selepas solat Isya’.

Hari 6 : MAKKAH (6 JUN 2012/ Rabu)

Jemaah telah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah seperti Jabbal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, dan selepas itu miqat di Ja’ranah.

Hari 7 -9 : MAKKAH ( 7 JUN 2012/Khamis-Sabtu)

Aturcara adalah bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram.

Hari 10 : MAKKAH (10 JUN 2012/Ahad)

Pada waktu siang, jemaah dibenarkan melakukan aktiviti bebas dan pada sebelah malam, jemaah telah melakukan solat hajat dan tahlil doa selamat untuk perjalanan pulang ke tanah air yan dipimpin oleh IM Azhar.

Hari 11 : MAKKAH (11 JUN 2012/Isnin)

Jemaah telah mengerjakan Tawaf Wida’ selepas solat Asar , kemudian berangkat ke Jeddah dan singgah di Masjid Ar-Rahmah (Masjid Terapung). Kemudian ke airport Jeddah untuk penerbangang pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12: MADINAH  (12 JUN 2012/Selasa)

Berlepas dari Jeddah jam 2.30 pagi menaiki pesawat WY674Q. Tiba di Muscat pada jam 6.25 pagi dan seterusnya menaiki penerbangan Muscat-Kul pada jam 10.00 pagi. Jemaah tiba di KLIA (Kuala Lumpur) pada jam 9.00 malam dengan membawa umrah yang mabrur.

Leave a comment