Leave a comment

UMRAH ZIARAH BERSAMA HAJI FADZIL BIN SALLEH

Alhamdullilah, 38  jemaah Hj Fadzil Salleh yang telah menunaikan ibadah umrah pada 23 Mei 2012 bersama SUFFAH TRAVEL & TOURS  telah selamat sampai di tanah air pada  5 Jun 2012 pada pukul 6.30 petang menaiki penerbangan Egyptair. Perjalanan ini mengambil masa selama 14 hari  12 malam. Berikut ialah bingkisan perjalanan para jemaah semasa mengerjakan ibadah umrah:

Hari 1: KANGAR-KUALA LUMPUR ( 23 Mei 2012)

Jemaah bertolak dari Kangar ( Taman Jali) ke KLIA (Kuala Lumpur) menaiki bas persiaran jam 10.00 pagi. Kemudian menaiki penerbangan Egypt Air ke Cairo pada jam 10.00 malam (MS961) dan dijangka tiba pada jam 5.45 pagi keesokannya.

Hari 2 : KUALA LUMPUR-CAIRO (24 Mei 2012)

Setibanya di Cairo, jemaah dibawa oleh petugas Suffah  ke Tiba Hotel untuk check-in hotel. Selepas makan tengahari, para jemaah dibawa melawat kawasan Pyramid Sphinx, Temple Valley dan Kilang Papyrus.

 

Hari 3 : CAIRO-ISKANDARIAH( 25 Mei 2012)

Selepas sarapan pagi, jemaah telah  dibawa ke Iskandariah dengan menaiki bas. Seterusnya melawat Istana Raja Farouk yang dikelilingi  Mountazah Garden.  Selepas itu, jemaah dibawa melawat Masjid Morsi Abou Ae Abbas dan Abu Darda’ serta Kota Sultan Qalt Bay di pinggir Laut Mediterranean.

Hari 4 : ISKANDARIAH-CAIRO -MADINAH ( 26 Mei 2012)

Jemaah dibawa  melawat Citdel, Masjid Mohammad Ali dan Istana Ghawhara. Seterusnya lawatan ke Masjid Al Azhar, Masjid Al Hussein serta Masjid Imam As Syafie. Seterusnya membeli belah di Bazaar Khan El Khalili. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Jeddah pada jam 3.45 petang (MS677) dan  tiba pada jam 6.30 petang. Setibanya di Jeddah, petugas Suffah  membawa jemaah  terus ke Madinah menaiki bas dan akan berehat di Hotel Fairooz di Madinah.

Hari 5 : MADINAH ( 27 Mei 2012)

Jemaah dibawa  menziarahi Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. serta perkuburan Baqi’. Seterusnya, jemaah   bebas untuk meneruskan ibadah di Masjid Nabawi atau berjalan sekitar Kota Madinah.

Hari 6 : MADINAH ( 28 Mei  2012 )

Jemaah dibawa melawat ke tempat bersejarah bumi Madinah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatai, Jabal Uhud, Kubur Saidina Hamzah, Masjid Jumaat dan lain-lain. Seterusnya ke Kebun kurma untuk membeli belah.

Hari 7 : MADINAH –MAKKAH (29 Mei 2012)

Jemaah dibawa untuk Ziarah wida’ di Masjid Nabawi, berihram dan niat Umrah di Bir “ali. Setibanya di Makkah, jemaah  terus dibawa ke penginapan Hotel Dar Umm Hane. Selepas berehat, para jemaah akan memulakan ibadah Umrah yang akan dipandu oleh muttawwif Suffah Travel.

 Hari  8-12  : MAKKAH ( 30 Mei 2012 – 3 Jun 2012)

Jemaah telah  dibawa menziarahi tempat bersejarah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Masjid An Namirah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jumrah dan Ja’aranah . Seterusnya jemaah dibenarkan melakukan acara bebas sehingga tarikh berangkat pulang.

Hari  13 : MAKKAH-JEDDAH-CAIRO-KUALA LUMPUR ( 4 Jun 2012)

Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke airport Jeddah ke Cairo pada jam 6.30 petang (MS960) dan dijangka tiba pada jam 7.40 malam. Kemudian bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 11.40 malam (MS960) dan  tiba pada jam 6.40 petang keesokannya.

Hari  14 : KUALA LUMPUR -KANGAR (5 Jun  2012)

Tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.40 petang dan bertolak pulang ke Kangar (Taman Jali) menaiki bas persiaran. Tiba di kampung halaman membawa pulang Umrah Mabrur Insya Allah.

Mudah-mudahan jemaah terus istiqamah dgn amalan2 di tanah suci. [seronok lihat wajah2 jemaah umrah ibarat bayi yg baru lahir yg tiada dosa sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda : “Sesiapa yang berkunjung ke Baitullah dan tidak bercakap dengan percakapan keji serta tidak berbuat fasik, maka dia akan kembali seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: